Galeri Ilmu Media Group
Ditubuhkan pada 20 Januari 1997, kami menerbitkan buku, majalah dan konten Islamik untuk panduan umat dengan pendekatan yang mudah, menghibur dan mendidik.
Shop Now1997
Tahun ditubuhkan
29 tahun
Menerbitkan konten Islamik
5
Judul majalah diterbitkan
11
Genre buku
Objektif
Menjadikan konten media sebagai alat untuk mendapatkan keredhaan Allah dalam perjalanan menuju Jannah.
Visi
- Menjadi penerbit terulung dalam menyediakan dan membekalkan konten Islamik bermutu untuk panduan umat.
- Menjadi penyedia konten rujukan umat dalam memahami dan mengamalkan Islam secara syumul merangkumi segenap aspek kehidupan berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
- Menjadi platform bagi para asatizah Ahli Sunnah Wal Jamaah menulis dan menyampaikan konten dalam bentuk buku, daurah, pengajian, konten digital dan sebagainya.
Misi
- Menggerakkan media cetak dan elektronik dengan konten Islamik melalui pendekatan mudah, menghibur dan mendidik.
- Menjadikan institusi keluarga sebagai sasaran utama pendidikan dan dakwah.
- Berganding bahu dengan asatizah dan ulama dalam melahirkan konten yang selari dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
- Meningkatkan kesedaran dalam menjadikan Islam sebagai panduan lengkap kehidupan.
Apa yang kami lakukan
Menggerakkan media cetak dan elektronik dengan konten Islamik melalui pendekatan mudah, menghibur dan mendidik.
Penerbitan Buku
Al-Quran, kitab turats, syarah kitab, Fardu Ain, tajwid, motivasi keluarga, rohani & kewangan, kesihatan, komik remaja dan novel Islami.
Penerbitan Majalah
Penerbit majalah Asuh, Anis, Q&A, YES! dan Asuh Kids.
Khidmat & Perunding Media
Urus terbit dan urus cetak buku, majalah & buletin, serta bengkel penulisan dan penerbitan.
Daurah & Pengajian
Penganjuran daurah dan pengajian kitab secara bersemuka dan dalam talian, termasuk Siri Jelajah ASUH.
Khidmat Sosial
Ziarah peduli umat, misi bantuan bencana, Tabung Dana Akses Ilmu & Al-Quran Braille, serta wakaf buku.
Rakan Strategik
Bekerjasama dengan jabatan mufti, majlis agama Islam, masjid utama, institusi pengajian Islam dan kementerian.
Belajar bersama kami
Selain buku dan majalah, Galeri Ilmu turut menyediakan platform pembelajaran ilmu agama dalam talian.
Khidmat Sosial
- Ziarah Peduli Umat ke hospital, rumah kebajikan dan penjara
- Misi bantuan bencana alam
- Penaung Tabung Dana Akses Ilmu dan Al-Quran Braille
- Wakaf & infaq buku, kitab dan Al-Quran
Maklumat Syarikat
- Nama syarikat: Galeri Ilmu Sdn Bhd
- No. syarikat: 417643-K (199701002147)
- Tarikh penubuhan: 20 Januari 1997
- No. pendaftaran Kementerian Kewangan: 357-02092180
- No. lesen jualan langsung: AJL 931168
- Alamat: 44, Jalan Pekaka 8/3, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor